Thursday, December 30, 2010

Makbulnya Permintaan Seorang Perempuan Terlampau

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian  gadis tersebut sangat menjolok mata. 

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 

'Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu  berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum  lelaki.....'nasihat orang tua itu.

Namun,nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?'

Setelah menghamburkan kata2 yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil handphoneku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah  dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan  gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina  agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri..Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis..Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang  menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat  tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan  hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka  memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali  kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak  sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh..Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. 

Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu disekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh  majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara  anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga  terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah  di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt.Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita  memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari  majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM&apos

Wednesday, December 29, 2010

Bila Tarikh Lahir Dalam Hijrah Korang?

Kawan aku ada emailkan perilaku seseorang berdasarkan tarikh Islam Hijrah. tapi ni cuma secara rambang. Tak semestinya tepat. Setiap orang pasti ada berbezaan. ni sekadar rujukan dan muhasabah untuk jadi yg lebih baik kalau ada sifat yg tak baik. 

Sesiapa yg nak tahu tarikh lahir dia dalam hijrah klik la sini..tarikh lahir dalam tahun hijrah.

MUHARRAM :
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan
yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR :
Tabiatnya buruk.
Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL :
Perwatakannya baik.
Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR :
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL :
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.
Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR :
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB :
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik..
Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.
Walau bagaimana pun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN :
Perwatakannya baik.
Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki. 



RAMADHAN :
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya.
Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL :
Perwatakannya keras.
Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH :
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru..
Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH :
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula.
Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.
0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.
Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Monday, December 27, 2010

Kursus Pra-Perkahwinan Seronok+Pening

25 dan 26 December 2010, aku ada attend satu kursus. Kursus tentang apa? Kursus Pra-Perkahwinan ler..huhu.Mula dari 8.30 pagi sampai pukul 5 petang, asyik tergelak2 je. tak sangka ustaz yang sampaikan ceramah semua muka garang sungguh tapi bila cakap kami tak henti2 tergelak.

8 ceramah kena dengar. majority memang best. tapi disebalik ketawa tu, aku masih ingat nasihat2 yg diberikan. banyak isu semasa yg diketengahkan. statistik anak luar nikah yg semakin meningkat, penceraian yg makin meningkat....majority melibatkan pasangan yg belum 5 tahun kahwin. 

Kebanyakan mereka tak mendalami ilmu agama. bila stress, mula bertindak sesuka hati. Solat berjemaah pun penting bila dah kahwin. Em...sebab tu semua lelaki patut tau macamana nak jadi imam. Nak dapat keberkatan rumahtangga, dan nak bahagia, kecantikan fizikal bukan yg patut diutamakan masa nak cari awek (bahasa pasar yg digunakan oleh penceramah utk refer sbgai bakal steri). tapi pgangan agama. 

Ada satu case tu, isteri minta kebenaran suaminya utk sambung belajar degree. suami yg juga seorang polis (sarjan kalau tak silap) mulanya keberatan nak bagi kerana masih mampu sara keluarga. tapi sbb isteri nak sangat, bagi la sambung. bila dah abis, jadi tutor kat satu universiti. bila dah jadi tutor, ada pula keinginan nak sambung master, suaminya yg nak jaga hati isteri pun bagila..selesai master, jadi pensyarah. Allah uji isterinya yg tiba2 rasa tak puas hati dengan perkahwinannya dan pergi ke pejabat agama dan cakap dia dgn  suaminya tak sekufu...pelikkan? kalau suami dia tak bagi, dan tak redha ape yg dia buat sebelum ni belum tentu dia berjaya. 

Tak sangka jugak yg byk bila bergaduh suka mencarut. Suka maki hamun even depan pegawai jabatan agama tu sendiri. orang bila dah geram, mulutnya akan cakap tapi tak fikir dulu. 

Ada jugak yg sabtu nikah, ahad sanding, isnin mintak cerai kat pejabat agama.

Bila dengar banyak perkara mcmni, jadi takut pulak nak kawin. tu belum isu pukul2. huhu. tapi bila ustaz2 tu cakap bnyak pahala bila berkahwin. rasa best pulak. setiap gurauan, sentuhan kulit dan apa2 yg buat pasangan bahagia Insya'Allah dapat pahala.

Tak dapat nak share smua yg didengari. jadi siapa yg belum pergi tu, boleh la daftar lepas ni. tak semestinya org nak kahwin je pergi.

Tengahari sabtu, aku sempat pergi ke kenduri kahwin kawanku maizatul nadia dan zaili. semoga berbahagia, sabar dalam mengharungi segala cabaran hidup berumahtangga (nasihat mcm dah berpengalaman). Sesiapa yg bakal dan baru mendirikan rumahtangga, May Allah bless you all dan beri kebahagiaan hingga ke Syurga.

p/s: nak pengsan tengok video org bersalin normal, bayi terlebih besar, songsang, dan bedah. macam sakit sgt je! 


Friday, December 24, 2010

Asal Usul Nama Eshe

Ramai yang tanya, apa tu eshe? nape guna nama eshe? Nama Eshe gurl yang aku gunakan sempena nama nick name yang kawan-kawan aku panggil masa duduk kat hostel time Diploma kat UiTM segamat. Ceritanya time aku tengah sibuk main game kat PC kawan, tetiba gang senior datang termasuk wing capt.

Walaupun baru part 1, aku rapat jugak la dengan senior part 6 dan ada yang dah super senior. Diorang pun tanya nama dan buat sesi interview. Bila cakap nama aku syida, diorang kata ada bad history dengan org yang bernama syida. Pastu, ntah macamana diorg cakap la. ok, start arini nama kau eshe. Pastu, sejak aritu diorg panggil aku nama tu. dan ada jugak la beberapa kawan aku yang panggil nama eshe.

Yang lawaknya, hari ni aku tergoogle perkataan eshe dan nampaknya nama ni ada maksud. Dalam web nama-nama anak dalam dunia. 


http://babynamesworld.parentsconnect.com/meaning_of_Eshe.html

Ada maksud rupanya, tak sangka senior aku boleh bagi nama orang Swahili. Salah satu ethnik kat East African Coast. Wahh....


Origin and Meaning of the Name Eshe


   Gender:        Girl


Origin:
Meaning:
Life
Pronunciation:
  (EH sheh)   

Jangan suka-suka Baca Horoskop

Email yang aku dapat menegur perbuatan suka membaca horoskop ni sangat tak baik. Berikut adalah email yang kawan aku hantar dan ingin dikongsikan bersama....

BAGI MEREKA YG SOLAT TUUU DI ANGGAP RINGAN DAN SUKA² JERR NAK BUAT N TIDAK MAKA TAK DERR APA LAH HERANNYA DIA DENGAN HUKUM ALLAH…SEDANGKAN DI KUBUR NANTI SOLAT ITULAH AKAN DI TANYA… 

JIKA DI KUBUR PERMASALAHAN BANYAK TAK DAPAT DI JAWAB MAKA LAGI TERUK LA DI PADANG MAHSYAR KELAK. SEMOGA KITA DAPAT KEMBALI KE PANGKAL JALAN DAN BERTAUBAT SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA… 


 


Membaca Horoskop walaupun suka-suka solatnya tidak diterima  
 

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. 


Pensyarah fakulti Syariah dan Undan! g-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. 

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. 

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. 

Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya. 

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.' 

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. 

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. 

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. 

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. 

'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. 
Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. 
Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. 
'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul pe rasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. 

Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. 

'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,' katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. 

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. 

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. 

'Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. 


Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,' katanya. 

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. 

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali. 

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. 

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. 

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. 

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. 
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. 

Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. 

Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. 

'Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,' katanya. 

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tukang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. .. 

Paling ditakuti kalau ianya menyebabkan kita syirik, maupun sengaja atau tidak. 
Tiada maaf untuk mereka yang telah syirik.. 

  

Tips membuat Assignment yang Terbaik

Tips yang dikongsi personally dari diriku. Mengikut pengalaman, pembelajaran dan pembacaan. Aku nak share beberapa tips secara general untuk membuat assignment yang baik, dan mungkin boleh bagi markah yang best. huhu. hopefully. Insya'Allah.

1. Tajuk kena menarik (in case kna pilih tajuk sendiri). Seandainya dah diberi, anda juga boleh modified tajuk tu dan jika nak lakukan, sila consult dengan lecturer dulu. Tajuk memainkan peranan penting. Mungkin bagi first impression yang paper kita buat menarik atau biasa je. Jangan buat ayat penyata.. Bila bagi orang lain baca tajuk, bila dia ada soalan dan tertanya2. maknanya ok la tu. kalo dia dah bagi jawapan. macam dah biasa la tu. Pastikan jangan lari tajuk. Jangan tajuk buat pasal lori, korang buat pasal bas pulak. tapi kalau tentang kenderaan. lain la cerita. And be specific. terlalu general pun tak best jugak.  

2. Jangan copy paste kerja orang lain. Jangan copy bulat2. dah salah disisi undang2 tu. boleh kena dakwa. jika nak ambil pandangan org lain, buat citation sbagai contoh: (Zaharuddin, 2010) dan kena olah semula dengan memberi maksud yang sama. contoh: This point of view was agreed/disagreed by.....bila ada discussion macamni lebih bagus. tak lah semua orang ada pandangan sama ye tak? Semakin banyak rujukan, memberi impression yang banyak usaha dan pembacaan yang telah dibuat. dan makin tersenyum la lecturer korang. (jangan lupa reference)



3. Structure kena follow betul2. andai da diberi kena betul2 follow. ariel 12, double space... dan kalau dah bagi layout pun kena follow. kalau takde, ikut yang standard. Tapi bila lecturer bagi tajuk je, aku lebih suka ikut cara yang ada introduction, literature review, finding, recommendation, conclusion. Reason, format ni je yang aku rasa comprehensive dan lebih berbentuk academic.

4. Bila teamwork, jangan terlalu berkira untuk buat kerja sama rata semua. ni boleh buat team korang hancur dan bermasam muka. kadang2 kalau rasa kita tahu lebih, kita boleh buat lebih. dan jangan bebankan orang yang tak tau melainkan kita boleh guide dia sebab manusia tu dicipta dengan kelebihan dan kekurangan masing2. bagi bahagian yang ikut kemampuan masing2. mungkin dia lebih dalam presentation. bagi dia present, korang bertindak dalam question and answer. tapi pastikan semua orang dah faham dengan apa yang nak dibentangkan. kalau boleh. practice! 

5. Lagi satu, yang mempengaruhi adalah assignment yang kemas. kalau font pun kejap ariel, kejap times, kejap 10, kejap 11. alignment pun tak justify, agak masalah jugak tu. walau isi dah gempak, takut lecturer korang terus takde feel nak baca. 

Senang cerita, jangan ada sikap tangkap muat dan asal siap. lakukan yang terbaik. Siapa yang usaha, dia yang berjaya. Selamat Membuat Assignment;)



  

Hukum Kerja Di Bank & Insuran Konvensional

Hukum Kerja Di Bank & Insuran Konvensional

Link diatas ni adalah jawapan dari ustaz zaharuddin tentang isu kerja di bank konvensional. Mungkin boleh membantu dang memberi penerangan dan melegakan hati sesetengah pihak. Tapi yang nyata, kalau boleh elak, elakkanlah.

Thursday, December 23, 2010

Isu PTPTN Selesai Tanpa Cas Perkhidmatan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN adalah salah satu sumber yang penting untuk pembiayaan pelajaran di Universiti. Sudah lama pembiayaan ini diperkenalkan dan telah membantu jutaan pelajar meneruskan pelajaran. Walaupun begitu, ada beberapa isu yang hangat diperkatakan atas kelemahan sistem pengurusan PTPTN sendiri. 

Tai yang paling utama adalah cas yang dikenakan sebelum ini agak tinggi iaitu sebanyak 3% dari jumlah pinjaman. Keluh kesah siswazah memang mendapat perhatian apabila sistem ujrah diperkenalkan dan akan dilaksanakan sepenuhnya tahun depan. Pengurangan cas kepada 1% mungkin dapat mengurangkan beban siswazah lebih-lebih lagi pada yang menggangur. 

Tapi bolehkah kita panggil 1% itu sebagai ujrah (upah atau cas perkhidmatan)??? kerana mengikut ilmu yang ditimba beberapa tahun, sebarang cas lebihan terhadap pinjaman terutamanya wang adalah riba atau interest yang sememangnya haram disisi Islam. Didalam al-Quran menyatakan bahawa sesiapa yang terlibat dalam urusan riba seumpama berperang dengan Allah dan RasulNya (2:279). Sungguh berat maksud ayat ini. Berperang dengan Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini? sedangkan kita jua adalah ciptaanNya dan dalam kekuasaanNya.

Seharusnya Qard Hassan adalah cara paling efektif dan andai PTPTN boleh melaksanakannya amatlah dihargai. Qard Hassan adalah pinjaman tanpa faedah. Semua rakyat Malaysia dapat kebaikan kerana ianya sangat terpuji. Pinjaman PTPTN pun diberi dengan menggunakan duit yang disumbangkan oleh rakyat melalui cukai dan sebagainya. Insya'Allah semua graduan akan berbesar hati untuk membayar pinjaman ini atas dasar tanggungjawab. 


Apa yang berlaku sekarang ini, ramai yang tak bayar, buat tak tahu, kerana jika bayar RM100 sebulan pun belum tentu pinjaman itu berkurang. Ramai yang merungut cas yang dikenakan sangat tinggi dan pinjaman asalnya seperti tak bergerak, malah makin meningkat! 

Andai jika benar pihak PTPTN nak mengenakan cas perkhidmatan, ianya tak boleh berdasarkan peratus dari jumlah pinjaman. Seeloknya tetapkan nilai. contohnya RM10 sebulan. Seperti RM1 untuk melakukan transaksi antara bank. Mungkin itu cara yang sebenarnya. RM10 sebulan pun mungkin sudah mencukupi atau terlebih banyak. Bayangkan jika sejuta peminjam bayar, tidakkah RM10 juta telah diperolehi. Banyakkan. Apatah lagi sekarang ni ada peminjam merungut dikenakan cas bulanan hingga hampir RM100!

Dan seharusnya pihak PTPTN mempunyai direct link untuk peminjam bayar duit pinjaman ini. Setiap bulan dicas RM1 oleh bank atau pejabat tertentu. Bukan terlalu berkira, tapi keadaan seperti ni tak convenience dan tak menggalakan peminjam nak bayar. 

Memang benar tak baik berhutang dan tak bayar tapi jika betul perlaksanaannya pasti semua orang ada motivation nak bayar. Tiada siapa yang mahu dirinya di blacklist. BETUL TAK? Kita patut ubah mentaliti PTPTN dan Riba ADA kaitan. Mungkin ada cara lain tapi inilah pendapat dariku :D 


 p/s: Bersyukur bawah JPA, tapi Diploma pakai PTPTN. Bayar sikit-sikit. huhu 

Tuesday, December 21, 2010

Pelajar JPA Tidak Terikat Lagi

Sekarang ni tengah kalut tengah fikir kat mana cari kerja sebab dah nak abis dah master ni.Insya'Allah. Habis coursework je. belum dissertation.huhu.

Buat yang tak tahu, currently aku belajar kat IIUM ambil course MBA, specialization Islamic Banking under tajaan JPA. Thank you JPA:D 


Beberapa minggu lalu, kerajaan dah bagi green light student tajaan JPA tak terikat untuk bekerja dengan kerajaan lagi. Apa sebabnya? Wallahualam


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak/ Perdana Menteri said:
It gives me a great pleasure to announce that government will allow selected students in the public service department's scholarship programme to serve their bond outside the civil service. This will include government linked companies and private sector co-operations particularly those related to nkea sectors those that are important to the new key economic activities


Tajuk artikel ni pelik sepatutnya pelajar JPA tidak terikat lagi dengan sektor kerajaan tapi dia tulis swasta. huhu. No Comment.

Pada pendapat aku, announcement ni ada positive dan negativenya. Yang positivenya kami dapat cari kerja swasta tanpa fikir denda yang perlu dibayar. Bagi aku, bukan taknak jadi government servant tapi kerja tu sesuai untuk long-term. Lebih2 lagi dengan benefits yang ditawarkan.

Tapi yang tak bestnya, makin susah la kami, warga pelajar tajaan JPA nak masuk sektor kerajaan. tak dapat advantage tu lagi. Tidak mengapalah, mungkin lebih adil dan beri peluang kepada orang lain.

Jadi, apa lagi...pada sesiapa yang masih dalam ketakutan untuk apply kerja swasta dan masih tak dapat2 kerja, feel free to apply any job as long halal la ye...


p/s: PTPTN jangan lupa bayar. jangan tunggu sampai amountnya boleh beli Honda sebijik.


Monday, December 20, 2010

Fahmi: Wira yang Rendah Diri

Semestinya semua orang tertunggu-tunggu final Piala Suzuki AFF pada ahad ni di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8 malam. Malaysia vs. Indonesia. Mesti Menarik. Perlawanan ini juga boleh di tonton live pada astro star sport dan mungkin juga rtm 1 pada jam 8.00 malam. 


Kebelakangan ni ramai tengok perlawanan bola Malaysia ni. Mungkin kerana ada peningkatan dalam mutu permainan. 


Tapi personally aku katakan dan mungkin ramai jugak yang setuju pemain yang banyak membantu pasukan negara adalah penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat. 

Sejak Piala Asia aritu aku sangat teruja dengan kecekapan pemain dari Kelantan ni. Walau banyak yang bolos masa tu aku masih memahami. Manakan tidaknya, kalau diasak dan setiap 5 minit ada cubaan gol. lama-lama bolos la jugak.

Selain itu, Fahmi ni jugak ada sikap yang merendah diri walau sebenarnya salah seorang wira dalam pasukan ni. Kalau nak tau tahap mana dia rendah diri, bacalah link berita harian disini...Fahmi Tolak Puji Berlebihan. Cayalah.




Tapi untuk Piala Suzuki kali ni aku sangat harap Malaysia menang dan yang paling penting jangan la kita bermasam muka dengan rakyat Indonesia bila salah satu pasukan ni kalah. Piala ni pada dasarnya diadakan untuk mengeratkan hubungan antara negara yang terlibat. 

Tertipukah Aku???

I want to share something to you all. Beberapa bulan lepas, aku beli laser printer yang ada jenama dan memang dikenali ramai. Harga RM299. Mungkin antara yang termurah. Syok lah rasanya sebab nak print pun dah senang dan kata seller tu printer yang dijual siap dengan toner. 

Aku pun berangan nak wat print thesis bila dah siap nanti. Katanya toner tu boleh print sampai 700 page tapi colornya hitam je. 

Walaupun yang tak bestnya, nak beli cartridge ori yang baru harga hampir sama dengan printer. tapi boleh print sampai 1500 page. Jadi aku rasa macam berbaloi...

Dengan rasa yang teramat happy sebab boleh print banyak2, aku pun print la sesuka hati. Entah macamana, belum sampai 200page, ink aku dah abis!!! Kertas A4 aku pun macam banyak lagi. 


Suatu hari, kawan aku pun keluar untuk beli toner printer dia. Ramai jugak yang tempah. Tapi aku taklah sebab mahal tu ooo...Dia pun cerita kat aku yang sebenarnya, yang dikatakan sampai 700 page tu bila print tak sampai separuh muka surat. Tapi bila print sampai penuh satu helai memang dah dikira macam print 3 ke 4 helai. 

Orang kedai tu yang bagitau. jujur sungguh. Patut ler aku print kejap dah abis.

Tapi aku pun tak sure benda ni untuk semua printer atau sesetengahnya je. Kalau boleh lepas ni, bagitau la siap2. Seller tu macam menipu aku je. Kesudahannya, sampai sekarang aku tak beli toner baru lagi. huhu...sabar jela. Hopefully, you all tanya betul2 dan learn from my experience.  

10 individu paling 'WANTED' dalam Malaysia

Saja2 baca harian Metro online, tengok banyak cerita yang pelik-pelik sekarang. Tapi tak sanggup nak share kat sini. tapi banyak2 artikel terasa best pulak nak share tentang tajuk 'rungkai misteri'. Wanted yang aku maksudkan bukan penjenayah tapi yang paling orang banyak cari dalam google Malaysia ni. Dan artikel metro ni cerita tentang seorang gadis bernama Hanis Zalikha Zainal yang mengatasi Datuk Siti Nurhaliza dalam carian Google. Siapakah gadis ni? Dia seorang blogger yang paling top sekali. Jugak seorang model. Jadi, no wonder la..Bacalah disini kalau nak tau...Rungkai Misteri

Tapi aku lebih interested nak cerita tentang Maher Zain yang paling ngetop dalam carta carian Google Malaysia ni. Lagunya yang menusuk kalbu dan sentiasa ingatkan kita kepada kebaikan amatlah digemari sekarang. Tengok je pada facebooknya, peminat paling ramai adalah dari Malaysia. 

Aku pun ada CDnya walau aku dah ada full version lagunya dalam handphone. Saje nak support. huhu. Lagu popularnya Insya'Allah, adik aku yang 2 tahun lebih  pun dah pandai nyanyi walau dia tau sebut InsyaAllah je...tapi ada jugak la intonasinya;D


Maknanya dalam dunia yang penuh haru biru sekarang, ramai jugak rakyat Malaysia yang masih terima akan irama berbentuk nasihat dan kebaikan. Jadi pejuang2 nasyid, jangan putus asa. Ciptalah lagu yang lebih segar dan menyentuh perasaan. 

Dan bawah ni adalah list 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia.

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)

Rasanya Lady Gaga tinggi sebab dia banyak kontroversi dalam lagunya yang menyimpangkan hidup orang tu. Tentang Luna Maya rasanya semua orang tahu kenapa dia yang terhangat dalam carta...emmm...

Sunday, December 19, 2010

Setem...oh...Setem

Cerita kali ni bukan tentang filem Setem arahan arahan Kabir Bahtia, tapi tentang setem yang ditampal pada sampul surat. Mungkin semua dah sedia maklum harga setem sekarang utk surat dah mahal berbanding sebelum ni. 


Surat bawah 20gram dinaikan daripada 30sen ke 60sen, dan yang berat higga 50gram dinaikan dari 40sen ke 70sen. Tapi yang bercorak (biasanya kad pengantin) kena 80sen.

Alkisahnya kerana sekarang tak ramai orang hantar surat dan gaji posmen tak setanding dengan gaji orang kerja kerajaan yang lain. Jadi kenaikan ni sebab nak motivate orang yang berkhidmat di Pos Malaysia lebih produktif. 

Berita lanjut disini...Harga Setem Naik Mulai 1 Julai

Maklumlah sekarang macam2 ada...orang lebih prefer post kat fb, bagi sms dan email. kesian jugak kat posmen. tapi ksian lagi kat kawan2 aku yang nak kahwin...pos kad lagi mahal dari harga kad. tak boleh buat apalah..tapi rasanya semua da post kat fb je cuma yang berjauhan tu memang patut pun guna khidmat posmen. cuma mungkin Pos Malaysia kena terangkan kenapa yang ada corak mahal 20sen? ada special protection ke?

Dan kat sini aku nak kongsi gambar setem edisi permainan tradisional masa lapang upin & ipin dan kawan2. comel sangat!siap ada blink2. setem edisi baru ni berbentuk sticker, tak susah2 nak cari gam atau air untuk lekatkannya. 


Setem ni aku pinjam dari nina hasan yang akan mendirikan rumahtangga pada 5hb Feb 2011. Huhuhu...sweetkan...











p/s: Minggu lepas hantar surat ke JPA terguna setem 50sen...entah sampai entahkan tidak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...