Friday, August 26, 2011

Tak BAca Tak Sedar TAk TAhulah


Turunlah Nabi Isa ke Bumi untuk menghancurkan DAJJAL laknatullah (ZIONIS&US)


Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja (hanya Allah yg tahu kesahihannya) dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus kerana Allah lebih mengetahui), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, 
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, akan muncul di zaman anda (Wallahua'lam),samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!


Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......

KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan

Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH & senibela diri
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan.

Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNANabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)


sumber: zameer fisabilillah

Thursday, August 4, 2011

DOA BERBUKA PUASA -HADITH SAHIH

Assalamualaikum,


Sy terjumpa satu artikel berkenaan dengan doa berbuka puasa mengikut hadith sahih dan dhaif. Tak ramai yg tahu doa yg kita amalkan selama ni dari hadith dhaif. Saya pun dapat tahu dari tazkirah yg diadakan di al-rajhi. selamat berkongsi...
http://idealissemasa.blogspot.com/2010/08/doa-buka-puasa-menurut-hadith-sahih.html


Doa Buka Puasa Menurut Hadith Sahih

Do'a dan puasa merupakan ibadat, dan sudah tentu bacaan-bacaan yang diketahui benar datang dari baginda saw menjadi keutamaannya untuk diamalkan. Sudah tentu dibulan yang penuh berkat ini, umat Islam ingin mencapai semaksima mungkin darjat ibadatnya kepada Allah swt, maka ini termasuklah membaca do'a berbuka puasa yang terbaik yang dapat dikaitkan dengan baginda Nabi saw seperti do'a dibawah ini.

Umar berkata : Nabi Rasulullah saw didalam berbuka puasa berkata :

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

Translitrasi : - Zahabaz Zama'u wabtallatil 'uruuqu wathabatal Ajru Insyaallah.

Makna :-"Telah pergi kehausan, urat-urat telah dibasahi dan ganjaran ada pasti, dengan kehendak Allah" -[Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud #2357, Al-Daaraquthni #25, Ibn Hajar didalam al-Talhis al-Habiir (2/202) : Al-Daaraquthni mengatakan bahawa hadith ini Isnadnya
 Sahih"

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت

"Ya Allah, Aku telah berpuasa, keatas rezekimu aku berbuka" - [Hadith riwayat Abu Daud #2358, Ia mursal hadith maka ia bertaraf dhaif. Al-Albani telah mengkelas hadith ini Dhaif didalam Dhaif Abi Daud].

Disebabkan do'a didalam hadith diatas ini datang dari hadith dhaif (lemah), maka lebih afdal kita mengambil do'a alternatif yang lebih baik isnadnya yang dapat kita manfaatkan didalam amalan sunat membaca do'a ketika berbuka puasa.

Jadi,antara Hadith Sahih dengan Hadith Dhaif mana yang seharusnya kita ikut.?? Renungkanlah..

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


cid:568155902@27082008-19A8
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

 
Salam,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. 


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

 
 


cid:002b01c9098a$f47f73a0$9c01a8c0@engdoc7



Sempena akan tibanya bulan Ramadhan saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja,  tersalah bahasa,terkasar kata tersilap bicara.. semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya..


Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.... 

Monday, July 25, 2011

6 Thinking Hats

There are differences in opinion during meeting or discussion. Edward de bono has developed in ealy 1980s a  technique to define a style of thinking that everyone in a thinking group can apply to whatever is under discussion.  





The six thinking hat are:


1) White hat (neutral, objective)
- People who based on fact, analyze the data and figures
- Believed Facts and Checked facts


2) Black hat (serious, somber)
- Focus on error, evidence and conclusion
- Always give negative view and pessimistic
- Separates logical negative from emotional


3) Yellow hat (sunny, positive)
-Positive and Speculative
-People think about benefits, advantages
-Best case scenario


4) Red Hat (angry, emotional)
- People who based on emotional and feeling
- intuition, hunches, impression
- no justification, reason and basis


5) Green hat (growth, fertility)
- new ideas, concept and give more alternatives
- Creative and lateral thinking
- give new approaches to problem


6) Blue hat
- Thinking about thinking
- Organization and instruction of thinking
- Control of other hats
- Discipline and focus





Pemergian yang ditangisi

Adikku istimewa...a gift from Allah

Created by: aLONG (ABDUL aZIZ BIN nORDIN, 14 jULY 2011)



 Nak cerita sedikit berkenaan adik ana yg baru meninggal, semoga dapat menjawab persoalan2 yg mungkin timbul dari ikhwah... Dalam 3 hari ni, mcm2 sms mahu pun email bertanya macam2, hopefully cerita ringkas ini dapat menghuraikan, kalau tak keseluruhan, sebahagian persoalan pun jadilah...

Berkenaan kematian adik ana, tiada apa yg dapat ana perkatakan melainkan ajal sudah datang... Dia jatuh pun, hanya sebagai sebab semata2... Umur tak panjang orang kata...

Ana anak sulung dari 9 orang... Abdul Hadi adalah yg ke-7 dan yg paling "blessed with so many gifts".... Kalau abg A ada kualiti tertentu, abg B punya skill tertentu, abang C punya sikap tertentu dan kakak D punyai kejayaan tertentu, dan seterusnya adik beradik lain, dia punyai semua yg kami ada, dan dia exceed kami in all that...

Educationally, PMR dpt 9A, SPM dpt 10A (kot, saya x ingat) dan terbaru A levels semua subject dpt 100%... kalau ilmu islam, cukuplah ana cakap dia hafiz quran, itu sudah menjelaskan segalanya... solat lebih khusyuk drpd kami semua... kalau sikapnya, mak & abah tak pernah marah atau tinggikan suara pada dia, kerana dia yg paling well-mannered dan lemah lembut... bakat dia, macam2, mengalahkan abg-kakak semuanya, dan bagi ana bakat paling menonjol ialah in science and singing (+nasyid) dan music, kerana music bukan semata-mata talent, it's about intelligence, hanya org berIQ tinggi sahaja dpt fahami ilmu muzik, dan ini terbukti semasa ana di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dulu... 

Ana sendiri arrange music & vocals sbg producer dlm beberapa album, dan juga grup al:masaar (di samping beberapa ikhwah lain), tetapi kreativiti dia lebih terkehadapan dari ana sendiri, I didn't know how he achieved such heights, tapi hasilnya terbukti sedap... Kalau singing, he can sing any part, especially in a cappella arrangements... pernah bantu al:masaar di dalam banyak persembahan, dan dia boleh ganti any members of al:masaar on any vocal parts, make it baritone, tenor, hi tenor, contralto etc... lead singer pun pernah kot kalau tak silap di UKM di kala tak cukup ahli, hanya ana, hamzah & sofyan je ada... (bro Al-amin Jaminon boleh tambah cerita lagi kot pasal al:masaar kalau perlu)

Kalau di sekolah, cikgu2 pula yg respek dia, bukan sebaliknya... dalam semua subjek sains, ada sahaja soalan2 yg pelajar lain tak terpikir, dia dah pikir sampai ke situ... Even teori-teori tertentu dalam sains, dia try to challenge, walaupun tak berhasil... Selepas tamat persekolahan, bebas dari ikatan2 peperiksaan dsb, dia juga kaji bermacam2 teori, dan antaranya teori Relativity oleh Albert Einstein (kalau tak silap) yg dia cuba challenge beberapa sudut yg kelihatan terlompong... dan malam tadi, kami adik beradik terjumpa satu kajian Abdul Hadi yg ingin mengetengahkan satu teori berkenaan cahaya yg dia nak forward ke some foreign institutions of higher learning utk dibaca dan disahkan oleh professor2 di institut tersebut... Kalau professor2 ini approve dan setuju dgn kertas kerja Abd Hadi ni, beberapa undang2 berkenaan cahaya yg digunapakai hari ini akan bertukar utk selama-lamanya

Dan beberapa keistimewaan lain...

Tetapi di dalam pelbagai kelebihan yg dikurniakan Allah subhanahu wa ta'ala, dia juga diuji (dan in termasuk keluarganya)... Abg ketiga yg pernah menjadi gurunya di sekolah, mengatakan gangguan makhluk halus ini telah bermula sejak dia form 4/ 5 lagi... Tetapi ana sendiri dapat tahu setelah dia habis persekolahan dan sedang nak masuk IPT... Itu adalah Ramadhan 3 atau 4 tahun lepas di mana dia balik dalam keadaan berbasah kuyup dan challenge my dad on something that my dad has never done, sort of nak avenge something... Mata dan rupa wajahnya lain, semacam je, ramadhan pulak tu (bukan syaitan kene ikat ke time ni?)... Macam nak gaduh dgn Abah... Pelik, anak yg sorang ni tak pernah marah, tak pernah confront sesiapa pun, apatah lagi parents sendiri (yg kaki gaduh adalah ana sendiri, ada la beberapa budak masa sek rendah dulu pernah sakit dan luka ana kerjakan, tp dah minta maaf)... Sejak itu macam2 kami tempuhi, dan macam2 cara dah diusahakan...

Terbaru, adalah usaha mak dan abah utk menghantar Abd Hadi ke sebuah rumah kebajikan (sebenarnya pusat pemulihan aqidah)... Dia tidak rosak aqidah... tetapi kami sengaja nak bagi environment yg betul2 islamic supaya dia dapat motivasi serta kekuatan dan berusaha melawan gangguan syaitan-syaitan durjana itu... Petugas2 rumah tersebut datang ke rumah parents utk menjemput beliau dan membawa ke pusat tersebut... belum pun sempat masuk rumah tersebut, dia collapse, jatuh, kepalanya terhentak di atas jalan berturap tar, dan dia tertidur... mereka terus mintak izin parents utk bawa ke hospital selayang... Nurse melaporkan beliau meninggal officially jam 4 pagi...

Jadi itulah serba sedikit ceritanya... All in all, it's a big relief for us in the family, dan ultimately for Abdul Hadi himself, kerana dia sekarang ada Ar-Rabbul Jalil sebagai Protector, dan kami pun dah penat menjalankan tugas kami yg tak pernah pernah perfect sbg his protectors

Harapan kami sekeluarga, semoga dia menjadi syafaat buat kami sekeluarga, kerana sepanjang hidup dia as abdul hadi yg original (uninfluenced), dia selalu dengar kata dan taat, bukan setakat dengar kata parents and above tetapi juga abang2 dan kakak2 nya (termasuk in-laws)... seolah-olah budak baru lahir yg bersih dari sebarang kesalahan

Semoga pemergian beliau menjadi pengajaran dan ibrah kepada kami sekeluarga... dan semoga beliau ditempatkan di kalangan para anbiya', syuhada', dan solihin... amin

Allahumma ighfir lahu wa irhamhu wa 'aafihi wa i'fu 'anhu wa akrim nuzulahu wa wassi' madkhalahu

kEPASA SESIAPA YG MEMBACA BLOG INI SEDEKAHKANLAH Wallahu waliyyut taufiq

Wassalamualaikum warahmatuhu wabarakatuh

*Kepada sesiapa yg membaca blog ini, hadiahkanlah al-Fatihah kepada arwah adik iparku ini. semoga rohnya tenang menemui Illahi. 



Permataku - Hadi & Naim


 Sample Recording "Janji Kita" - Hadi

Monday, July 18, 2011

Lelong!!!Baju tunang/nikah

Lelong baju kawin. please visit mudah for to look my ad at http://www.mudah.my/Baju+Pertunangan-10658219.htm

Sesiapa yg berminat sila email sy. thank you.



Click to view the next image.
Price : RM 130
Gender:Female

Baju ni hanya pernah diguna sekali shaja masa majlis sanding
Harga jual termasuk kebaya, kain dan veil pengantin!!
Saiz L
Masa beli RM450, kini hanya RM130 (termasuk kos post)!!
Email ke syida_eshe@yahoo.com.my
Siapa cepat dia dapat

Sunday, July 10, 2011


More cities hold Bersih rallies

July 09, 2011

KUALA LUMPUR, July 9 — Malaysians in cities across the world will rally today in support of the Bersih 2.0 movement to demand free and fair elections, even as authorities threaten to snuff out the group’s march here.
What was started as a street rally in Kuala Lumpur later spawned the Bersih 2.0 Global Solidarity Network, which encourages Malaysians abroad to add their voices to the movement.
The movement kicked off earlier today with rallies in Melbourne, Australia and Wellington, New Zealand, both beginning even as authorities attempt to stifle Bersih’s own rally in Kuala Lumpur.
“Malaysians have the constitutional right to peaceful assembly and freedom of speech in keeping with international human rights norms,” spokesman for Global Solidarity Network Nathaniel Tan yesterday said in a statement today.
“We support Bersih 2.0’s eight points for electoral reform and call in addition for a ninth: Suffrage for Malaysians residing abroad,” he added.
For two weeks, organisers around the world have been busy setting up group pages on social networking site Facebook in support of Bersih 2.0’s call for electoral reform.
Support groups have been set up in Australia, New Zealand, Japan, France, Ireland, Sweden, Hong Kong, Switzerland, Scotland, Canada and the United States.

Melbourne Bersih 2.0bersih bangkok

Bersih Korea

Saturday, May 7, 2011

Betulkah Berita di Newspaper tentang Al Rajhi Gold-i?

Sepanjang minggu lepas, al Rajhi Affluent sgt busy menguruskan gold. tp seronok sbb sambutan yg menggalakkan dari customer. Yang tak bestnya, bila ada call dari customer yg marah kami. huhu. sedih btul.


Dia baca dalam newspaper seperti dalam kenyataan dibawah.
"Katanya, pelanggan diberi dua pilihan untuk memilih emas dalam bentuk ketulan ataupun wafer dengan setiap satunya memiliki berat antara 5 gram hingga 1 kilogram selain harga ditetapkan bergantung kepada pasaran semasa."


Berdering2lah call dari customer nak beli gold. huhu. mana taknya, nak beli emas 999.9 dari Islamic bank dgn weight serendah 5g!!! Maafkan atas silap faham ni. Sebenarnya sekarang ni kami hanya buka untuk affluent banking customer. Jika anda belum menjadi membership, ada dua cara untuk jadi affluent customer. 
Yang pertama, buka akaun simpanan atau semasa minimum RM250k dengan kami dan anda boleh invest serendah 10g dalam gold.
Yang kedua, invest RM100k dalam gold dan kami akan tagged anda sebagai affluent customer. 
Sesiapa yg berminat, boleh la contact sy di email syida_eshe@yahoo.com.my. Walaupun bukan sales person tp booking mmg akan melalui sy. Gold mmg sgt bagus utk simpanan jangka panjang. Lepas ni Insya'Allah sy akan cari perbandingan invest dalam physical gold and paper gold. tp trust me, prinsip Islam dah bagi cara yg terbaik utk kita deal dgn kehidupan seharian. 


Selamat Melabur
Wassalam 



Thursday, April 28, 2011

Al Rajhi Gold-i

Salam sejahtera. Merujuk kepada blog Sharing is Power, harga emas sekarang ini mmg tgah naik. 
http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/04/harga-emas-mengamuk-lagi-usd1530-satu.html.

Sbagai salah seorang team product development dlm produk terbaru al Rajhi, aku nak share beberapa info. Untuk long term investment, emas merupakan salah satu cara untuk yg terbaik kerana dalam dunia ni ada 400 tan je emas (yg dlm pgetahuan manusia). So, siapa yg hold emas skrg, pada masa akan datang harganya akan makin meningkat. Tak rugi kalau invest skrg jika ada duit lebih. 

Emas jugak blh dijadikan sbagai portfolio diversification yg bijak kerana tidak terjejas dek inflasi. Jgn tertipu bila anda invest dan diberi return sebanyak 7%-10% setahun, kerana ni tak termasuk kadar inflasi. Sbagai contoh, anda invest di tempat yg memberi 7% return stahun, tolakkan dgn kadar inflasi semasa (e.g. 5%), untung bersih hanya dalam 2% sahaja. Berbaloikah?? Akan tetapi kadar emas dalam tempoh 5 tahun, meningkat lebih 100%!!!

Untuk pengetahuan semua, emas yg terbaik untuk kita invest adalah 999.9 (fineness gold) yg dimana ditawarkan oleh Al Rajhi sekarang ni. Satu2nya bank yg menjual physical gold 999.9 kepada pelanggan dgn harga yg sgt kompetitif. Kebanyakan bank menjual paper gold dan juga emas 995. Keunikan produk al Rajhi. selain Shariah compliance and waive takaful coverage, setiap customer akan memiliki emas dgn serial no tersendiri. Transaksi ni mmg real bukan sekadar atas angin. Juga blh dibawa pulang atau disimpan di bank. 50% deposit Safe deposit box kepada investment bawah RM100k dan waive safekeeping diberikan pada investment atas RM100k sehingga akhir tahun ini. Stakat ni, produk ini terbuka kepada Affluent customer sahaja. 

Artikel Akhbar tentang Gold-i:
http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20110426232915/Article/


Tuesday, April 19, 2011

KAIN DARI UTARA

Mari2, tiba2 syok pulak lagi marketer yg tak bertauliah ni. huhu. Kain2 ni dijual oleh kakakku yg duduk diutara nun. aku lak di KL. Jarang jumpa dia. Tgk2 dia buat business. Rasanya kain yg dia jual cantik2 dan harga sgt berpatutan sbb barangan utara mmg agak murah dari tmpat lain.huhu. Beli2. Kalo nak beli lawatlah laman web ni....


http://mentarifabrics.blogspot.com/2011/04/new-stock.html
DELILAH ITALIAN FASHION
CODE : SN001
PRICE: RM35 (including postage)

DELILAH ITALIAN FASHION
CODE : SN002
PRICE: RM35 (including postage)

NABILA SILK
CODE : GF006
PRICE: RM40 (including postage)


NABILA SILK
CODE : GF007
PRICE: RM48 (excluding postage)

NABILA SILK
CODE : GF008
PRICE: RM48 (excluding postage)

NABILA SILK
CODE : GF009
PRICE: RM48 (excluding postage)




AtTrACTiVe sCarVeS


LIGHT PINK
CODE : AS001
PRICE: RM28 (excluding postage)


MAROON
CODE : AS002
PRICE: RM28 (excluding postage)


DARK PURPLE
CODE : AS003
PRICE: RM28 (excluding postage)


 Amaranth (WIKIPEDIA LINK)
CODE : AS004
PRICE: RM20 (excluding postage)


Caribbean green (WIKIPEDIA LINK) 
CODE : AS005
PRICE: RM20 (excluding postage)
P/S: SILA RUJUK WARNA PADA BULATAN... MASALAH TEKNIKAL.. HUHU... SORRY


Dark pastel blue (WIKIPEDIA LINK)
CODE : AS006
PRICE: RM20 (excluding postage)


Old mauve (WIKIPEDIA LINK)
CODE : AS007
PRICE: RM28 (excluding postage)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...