Bertaubat sebelum tiba saat kematian
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini, cepat atau lambat pasti akan mengalami suatu proses berpisahnya roh dengan jasad. Dalam bahasa agama, proses tersebut dinamakan proses kematian. Seseorang yang meninggal dunia akan meninggalkan segala apa yang dimilikinya, baik isterinya, suaminya, anaknya, orang tuanya, kekasihnya, pekerjaannya, hartanya atau keinginan dan cita-citanya di masa depan.
Tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari kematian.
Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
i) Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka sedar serta berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati.
ii) Selanjutnya maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu saja. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari kematian
i) Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut - denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arasy Allah S.W.T. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapan ke atas kita. Antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu.
iii) Malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabut.
Tanda 5 hingga 7 hari sebelum hari kematian.
i) Anak lidah bergerak-gerak.
ii) Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba hanya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
i) Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dirasa maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
ii) Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dirasa jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
i) Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat, akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
ii) Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah, berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
`"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail.
“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan pada dari Allah dan dari sesama manusia di atas segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ini adalah ketentuan Allah semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaanNya di dunia mahu pun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah dan apa yang salah dan khilaf itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
tanda-tanda kematian ni memang btol ke..rasenya kite xbley percaya sgt..sebab2 tanda2 cam ni la saya menderita sampai sekarang..bley baca entry saya kalo nak tau kisahnya
ReplyDeletemana kad? xdpt lagi ni
ReplyDelete