Monday, December 20, 2010

10 individu paling 'WANTED' dalam Malaysia

Saja2 baca harian Metro online, tengok banyak cerita yang pelik-pelik sekarang. Tapi tak sanggup nak share kat sini. tapi banyak2 artikel terasa best pulak nak share tentang tajuk 'rungkai misteri'. Wanted yang aku maksudkan bukan penjenayah tapi yang paling orang banyak cari dalam google Malaysia ni. Dan artikel metro ni cerita tentang seorang gadis bernama Hanis Zalikha Zainal yang mengatasi Datuk Siti Nurhaliza dalam carian Google. Siapakah gadis ni? Dia seorang blogger yang paling top sekali. Jugak seorang model. Jadi, no wonder la..Bacalah disini kalau nak tau...Rungkai Misteri

Tapi aku lebih interested nak cerita tentang Maher Zain yang paling ngetop dalam carta carian Google Malaysia ni. Lagunya yang menusuk kalbu dan sentiasa ingatkan kita kepada kebaikan amatlah digemari sekarang. Tengok je pada facebooknya, peminat paling ramai adalah dari Malaysia. 

Aku pun ada CDnya walau aku dah ada full version lagunya dalam handphone. Saje nak support. huhu. Lagu popularnya Insya'Allah, adik aku yang 2 tahun lebih  pun dah pandai nyanyi walau dia tau sebut InsyaAllah je...tapi ada jugak la intonasinya;D


Maknanya dalam dunia yang penuh haru biru sekarang, ramai jugak rakyat Malaysia yang masih terima akan irama berbentuk nasihat dan kebaikan. Jadi pejuang2 nasyid, jangan putus asa. Ciptalah lagu yang lebih segar dan menyentuh perasaan. 

Dan bawah ni adalah list 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia.

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)

Rasanya Lady Gaga tinggi sebab dia banyak kontroversi dalam lagunya yang menyimpangkan hidup orang tu. Tentang Luna Maya rasanya semua orang tahu kenapa dia yang terhangat dalam carta...emmm...

1 comment:

  1. eh dah ada link aku dan sesuatu kt tepi tu.. makasih bu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...