Monday, December 27, 2010

Kursus Pra-Perkahwinan Seronok+Pening

25 dan 26 December 2010, aku ada attend satu kursus. Kursus tentang apa? Kursus Pra-Perkahwinan ler..huhu.Mula dari 8.30 pagi sampai pukul 5 petang, asyik tergelak2 je. tak sangka ustaz yang sampaikan ceramah semua muka garang sungguh tapi bila cakap kami tak henti2 tergelak.

8 ceramah kena dengar. majority memang best. tapi disebalik ketawa tu, aku masih ingat nasihat2 yg diberikan. banyak isu semasa yg diketengahkan. statistik anak luar nikah yg semakin meningkat, penceraian yg makin meningkat....majority melibatkan pasangan yg belum 5 tahun kahwin. 

Kebanyakan mereka tak mendalami ilmu agama. bila stress, mula bertindak sesuka hati. Solat berjemaah pun penting bila dah kahwin. Em...sebab tu semua lelaki patut tau macamana nak jadi imam. Nak dapat keberkatan rumahtangga, dan nak bahagia, kecantikan fizikal bukan yg patut diutamakan masa nak cari awek (bahasa pasar yg digunakan oleh penceramah utk refer sbgai bakal steri). tapi pgangan agama. 

Ada satu case tu, isteri minta kebenaran suaminya utk sambung belajar degree. suami yg juga seorang polis (sarjan kalau tak silap) mulanya keberatan nak bagi kerana masih mampu sara keluarga. tapi sbb isteri nak sangat, bagi la sambung. bila dah abis, jadi tutor kat satu universiti. bila dah jadi tutor, ada pula keinginan nak sambung master, suaminya yg nak jaga hati isteri pun bagila..selesai master, jadi pensyarah. Allah uji isterinya yg tiba2 rasa tak puas hati dengan perkahwinannya dan pergi ke pejabat agama dan cakap dia dgn  suaminya tak sekufu...pelikkan? kalau suami dia tak bagi, dan tak redha ape yg dia buat sebelum ni belum tentu dia berjaya. 

Tak sangka jugak yg byk bila bergaduh suka mencarut. Suka maki hamun even depan pegawai jabatan agama tu sendiri. orang bila dah geram, mulutnya akan cakap tapi tak fikir dulu. 

Ada jugak yg sabtu nikah, ahad sanding, isnin mintak cerai kat pejabat agama.

Bila dengar banyak perkara mcmni, jadi takut pulak nak kawin. tu belum isu pukul2. huhu. tapi bila ustaz2 tu cakap bnyak pahala bila berkahwin. rasa best pulak. setiap gurauan, sentuhan kulit dan apa2 yg buat pasangan bahagia Insya'Allah dapat pahala.

Tak dapat nak share smua yg didengari. jadi siapa yg belum pergi tu, boleh la daftar lepas ni. tak semestinya org nak kahwin je pergi.

Tengahari sabtu, aku sempat pergi ke kenduri kahwin kawanku maizatul nadia dan zaili. semoga berbahagia, sabar dalam mengharungi segala cabaran hidup berumahtangga (nasihat mcm dah berpengalaman). Sesiapa yg bakal dan baru mendirikan rumahtangga, May Allah bless you all dan beri kebahagiaan hingga ke Syurga.

p/s: nak pengsan tengok video org bersalin normal, bayi terlebih besar, songsang, dan bedah. macam sakit sgt je! 


6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...