Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN adalah salah satu sumber yang penting untuk pembiayaan pelajaran di Universiti. Sudah lama pembiayaan ini diperkenalkan dan telah membantu jutaan pelajar meneruskan pelajaran. Walaupun begitu, ada beberapa isu yang hangat diperkatakan atas kelemahan sistem pengurusan PTPTN sendiri.
Tai yang paling utama adalah cas yang dikenakan sebelum ini agak tinggi iaitu sebanyak 3% dari jumlah pinjaman. Keluh kesah siswazah memang mendapat perhatian apabila sistem ujrah diperkenalkan dan akan dilaksanakan sepenuhnya tahun depan. Pengurangan cas kepada 1% mungkin dapat mengurangkan beban siswazah lebih-lebih lagi pada yang menggangur.
Tapi bolehkah kita panggil 1% itu sebagai ujrah (upah atau cas perkhidmatan)??? kerana mengikut ilmu yang ditimba beberapa tahun, sebarang cas lebihan terhadap pinjaman terutamanya wang adalah riba atau interest yang sememangnya haram disisi Islam. Didalam al-Quran menyatakan bahawa sesiapa yang terlibat dalam urusan riba seumpama berperang dengan Allah dan RasulNya (2:279). Sungguh berat maksud ayat ini. Berperang dengan Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini? sedangkan kita jua adalah ciptaanNya dan dalam kekuasaanNya.
Seharusnya Qard Hassan adalah cara paling efektif dan andai PTPTN boleh melaksanakannya amatlah dihargai. Qard Hassan adalah pinjaman tanpa faedah. Semua rakyat Malaysia dapat kebaikan kerana ianya sangat terpuji. Pinjaman PTPTN pun diberi dengan menggunakan duit yang disumbangkan oleh rakyat melalui cukai dan sebagainya. Insya'Allah semua graduan akan berbesar hati untuk membayar pinjaman ini atas dasar tanggungjawab.
Apa yang berlaku sekarang ini, ramai yang tak bayar, buat tak tahu, kerana jika bayar RM100 sebulan pun belum tentu pinjaman itu berkurang. Ramai yang merungut cas yang dikenakan sangat tinggi dan pinjaman asalnya seperti tak bergerak, malah makin meningkat!
Andai jika benar pihak PTPTN nak mengenakan cas perkhidmatan, ianya tak boleh berdasarkan peratus dari jumlah pinjaman. Seeloknya tetapkan nilai. contohnya RM10 sebulan. Seperti RM1 untuk melakukan transaksi antara bank. Mungkin itu cara yang sebenarnya. RM10 sebulan pun mungkin sudah mencukupi atau terlebih banyak. Bayangkan jika sejuta peminjam bayar, tidakkah RM10 juta telah diperolehi. Banyakkan. Apatah lagi sekarang ni ada peminjam merungut dikenakan cas bulanan hingga hampir RM100!
Dan seharusnya pihak PTPTN mempunyai direct link untuk peminjam bayar duit pinjaman ini. Setiap bulan dicas RM1 oleh bank atau pejabat tertentu. Bukan terlalu berkira, tapi keadaan seperti ni tak convenience dan tak menggalakan peminjam nak bayar.
Memang benar tak baik berhutang dan tak bayar tapi jika betul perlaksanaannya pasti semua orang ada motivation nak bayar. Tiada siapa yang mahu dirinya di blacklist. BETUL TAK? Kita patut ubah mentaliti PTPTN dan Riba ADA kaitan. Mungkin ada cara lain tapi inilah pendapat dariku :D
p/s: Bersyukur bawah JPA, tapi Diploma pakai PTPTN. Bayar sikit-sikit. huhu
la pinjam jugak ptptipu ni..igtkan sumanya dpt jpa
ReplyDeletemasa tu tak tau, JPA pun lecturer yg suruh apply..huhu
ReplyDelete