Sunday, December 19, 2010

Setem...oh...Setem

Cerita kali ni bukan tentang filem Setem arahan arahan Kabir Bahtia, tapi tentang setem yang ditampal pada sampul surat. Mungkin semua dah sedia maklum harga setem sekarang utk surat dah mahal berbanding sebelum ni. 


Surat bawah 20gram dinaikan daripada 30sen ke 60sen, dan yang berat higga 50gram dinaikan dari 40sen ke 70sen. Tapi yang bercorak (biasanya kad pengantin) kena 80sen.

Alkisahnya kerana sekarang tak ramai orang hantar surat dan gaji posmen tak setanding dengan gaji orang kerja kerajaan yang lain. Jadi kenaikan ni sebab nak motivate orang yang berkhidmat di Pos Malaysia lebih produktif. 

Berita lanjut disini...Harga Setem Naik Mulai 1 Julai

Maklumlah sekarang macam2 ada...orang lebih prefer post kat fb, bagi sms dan email. kesian jugak kat posmen. tapi ksian lagi kat kawan2 aku yang nak kahwin...pos kad lagi mahal dari harga kad. tak boleh buat apalah..tapi rasanya semua da post kat fb je cuma yang berjauhan tu memang patut pun guna khidmat posmen. cuma mungkin Pos Malaysia kena terangkan kenapa yang ada corak mahal 20sen? ada special protection ke?

Dan kat sini aku nak kongsi gambar setem edisi permainan tradisional masa lapang upin & ipin dan kawan2. comel sangat!siap ada blink2. setem edisi baru ni berbentuk sticker, tak susah2 nak cari gam atau air untuk lekatkannya. 


Setem ni aku pinjam dari nina hasan yang akan mendirikan rumahtangga pada 5hb Feb 2011. Huhuhu...sweetkan...











p/s: Minggu lepas hantar surat ke JPA terguna setem 50sen...entah sampai entahkan tidak.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...