Saturday, December 18, 2010

Bahaya Kosmetik...Risiko nak Cantik

Sifat semula jadi perempuan suka pada kecantikan. Sememangnya banyak alat kosmetik yang mencantikkan kita tu sebenarnya ada kesan sampingan yang memudaratkan. 

Ada beberapa kandungan yang perlu dielakkan ataupun ada kandungan paling minima seperti:

  • Sodium Lauryl Sulfate (SLS), 
  • Sodium Laureth Sulfate (ALS)
  • Ammonium Lauryl Sulfate (ALS)
  • Paraben
  • Propylene/Butylene/Ethylene Glycol
Kesan2nya boleh menyebabkan kanser payudara, kulit kering dan macam2 lagi.  untuk keterangan lanjut tentang bahayanya boleh la ke laman ni:

Bahaya yang Tersembunyi dalam Produk Kecantikan 


Tapi apa yang pasti untuk elak semua kandungan diatas macam mustahil. kalau tak percaya, cuba survey mesti ada dan ni la bahan utamanya.

Dan kebanyakkan pensil warna dan cat2 yang digunakan pada muka kita ni ada kandungan yang agak bahaya dan ada jugak yang ok. Aku rujuk satu artikel yang diulas oleh Wan Zainal Azman Wan Abdullah dari Pusat Racun Negara, USM tentang bahaya eyeliner, mascara dan macam2 lagi. Info lanjut, cuba klik link bawah ni...


Selain tu sekarang ni produk kosmetik yang tak halal sangat la banyak. Isu ni memang serius sebab kita orang Islam. Kadang2 sampai keliru yang mana ok ke tak. aku pun tak sure tentang ni tapi ada dua kandungan yng sememangnya kalo tengok cakap terima kasih jela iaitu sodium heparin dan plasenta.

Sodium heparin yang telah diproses adalah berasal dari jaringan mukosa (permukaan bahagian dalam usus) babi. Plasenta jugak tak halal sebab plasenta ni uri yang keluar semasa baby lahir tu. tapi ada terdapat dalam kosmetik tertentu sebab kandungannya yang tinggi dengan protein. tapi tak pasti mereka guna plasenta haiwan atau manusia.

Bila tengok banyak yang buruk dari baiknya dalam make up ni macam takut nak pakai. tapi tak berseri pulak nanti. dan tetiba aku teringat kawanku penah cakap kalau nak cantik sangat, banyakkanlah ambil wuduk, berpuasa dan minum air putih. aku hanya diam dan tersengih je.huhu...sebab ada benar kata2nya. cuma lepas ni mungkin kena buat research tentang kosmetik yang paling ok dan takde side effect (rajinnya nak buat, thesis master tak nak buat pulak..hehe). 

Apepun aku harap info yang diberi ni membuat semua wanita2 diluar sana lebih berhati2. tapi kalau ahli farmasi atau doktor cakap boleh dan tak bahaya, no comment..mungkin mereka lagi tau.ni cuma maklumat yang ingin dikongsikan setelah baca kat page orang lain yang lebih tahu...aku tak belajar bab-bab ni dulu. kalau belajar mungkin boleh buat kosmetik sendiri dah.yang suci dan asli..huhu. 

P/S: Kecantikan yang lebih bermakna kalau akhlaknya baik. kcantikan luaran hanyalah pinjaman dan sementara...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...