Friday, December 24, 2010

Tips membuat Assignment yang Terbaik

Tips yang dikongsi personally dari diriku. Mengikut pengalaman, pembelajaran dan pembacaan. Aku nak share beberapa tips secara general untuk membuat assignment yang baik, dan mungkin boleh bagi markah yang best. huhu. hopefully. Insya'Allah.

1. Tajuk kena menarik (in case kna pilih tajuk sendiri). Seandainya dah diberi, anda juga boleh modified tajuk tu dan jika nak lakukan, sila consult dengan lecturer dulu. Tajuk memainkan peranan penting. Mungkin bagi first impression yang paper kita buat menarik atau biasa je. Jangan buat ayat penyata.. Bila bagi orang lain baca tajuk, bila dia ada soalan dan tertanya2. maknanya ok la tu. kalo dia dah bagi jawapan. macam dah biasa la tu. Pastikan jangan lari tajuk. Jangan tajuk buat pasal lori, korang buat pasal bas pulak. tapi kalau tentang kenderaan. lain la cerita. And be specific. terlalu general pun tak best jugak.  

2. Jangan copy paste kerja orang lain. Jangan copy bulat2. dah salah disisi undang2 tu. boleh kena dakwa. jika nak ambil pandangan org lain, buat citation sbagai contoh: (Zaharuddin, 2010) dan kena olah semula dengan memberi maksud yang sama. contoh: This point of view was agreed/disagreed by.....bila ada discussion macamni lebih bagus. tak lah semua orang ada pandangan sama ye tak? Semakin banyak rujukan, memberi impression yang banyak usaha dan pembacaan yang telah dibuat. dan makin tersenyum la lecturer korang. (jangan lupa reference)



3. Structure kena follow betul2. andai da diberi kena betul2 follow. ariel 12, double space... dan kalau dah bagi layout pun kena follow. kalau takde, ikut yang standard. Tapi bila lecturer bagi tajuk je, aku lebih suka ikut cara yang ada introduction, literature review, finding, recommendation, conclusion. Reason, format ni je yang aku rasa comprehensive dan lebih berbentuk academic.

4. Bila teamwork, jangan terlalu berkira untuk buat kerja sama rata semua. ni boleh buat team korang hancur dan bermasam muka. kadang2 kalau rasa kita tahu lebih, kita boleh buat lebih. dan jangan bebankan orang yang tak tau melainkan kita boleh guide dia sebab manusia tu dicipta dengan kelebihan dan kekurangan masing2. bagi bahagian yang ikut kemampuan masing2. mungkin dia lebih dalam presentation. bagi dia present, korang bertindak dalam question and answer. tapi pastikan semua orang dah faham dengan apa yang nak dibentangkan. kalau boleh. practice! 

5. Lagi satu, yang mempengaruhi adalah assignment yang kemas. kalau font pun kejap ariel, kejap times, kejap 10, kejap 11. alignment pun tak justify, agak masalah jugak tu. walau isi dah gempak, takut lecturer korang terus takde feel nak baca. 

Senang cerita, jangan ada sikap tangkap muat dan asal siap. lakukan yang terbaik. Siapa yang usaha, dia yang berjaya. Selamat Membuat Assignment;)



  

6 comments:

  1. betul jangan main copy aja kerja orang

    ReplyDelete
  2. salam.. saya sem satu.. ta tahu na wat assgnmnt ni.. pengajian Malaysia.. pening lah.. tolong saya kaq..lec bg then terus kluar.. kami ta tahu cane na wat format yang betul... muka depan pun saya ta tahu..

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba click dissertation writing services untuk idea-idea yang baik untuk tugasan/assignment yang diberikan. Really helpful!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...