Thursday, December 16, 2010

Dah 10 Muharram!!!


Salam semua...tetiba rasa nak tulis blog pulak and tergerak hati nak buat 
reminder tanggal 16 Disember 2010 bersamaan dgn 10 muharram 1432. Kita semua sedia maklum tntg hari hari'Asyura dan ada byk fadhilat dan kelebihannya lebih2 lagi utk org yg berpuasa.

Ada hadith sahih yg sebut tntg hari yg penuh rahmat ni yg menggalakkan kita berpuasa contohnya...

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. 

Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Jadi...sesiapa yg tak minum lagi dan terus bukak fb masih sempat niat puasa sunat ni sblm waktu zohor. Kenakalan dan dosa2 yg kita lakukan spnjang tahun lepas Allah dah bagi jalan utk kita mendapat keampunan. Tahan la beberapa jam lagi sblm menikmati mkanan yg lg nikmat bila kita makan masa lapar. Apa lagi rebutlah ganjaran keemasan ni! Selamat Berpuasa...

3 comments:

  1. hopefully dpt puasa smpi jumaat.... 9, 10, 11 muharram.... teringin nk mkn bubur asyura... tp xreti nk buat.... hehehe

    ReplyDelete
  2. gambar profil mmg xleh tahan.. posing maut gitu heheheh

    ReplyDelete
  3. purple_lily: Huuhu...bubur tu masa puasa ramadhan mmg byk.nti ckp gn makcik suruh watkan.

    jai: baru mcm photographer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...